Apa yg kita perlu buat sekarang untuk rayuan 3rd Intake Sbp & Mrsm & Smka?
Di bawah ni semua cadangan saya sahaja. Terpulang pada semua samaada nak ikut cadangan saya ini ataupun tidak… Nak ikut boleh, Tak nak ikut pun boleh juga.
A. Untuk SBP
1. Buat Surat Rayuan 3rd Intake selepas 21/6/2021 apabila status kekosongan Sbp dah diperolehi pada 21/6/2021 nanti sebab Surat Tawaran 2nd Intake Sbp sah/valid untuk mendaftar selama 7 hari dari 14/6/2021 sehingga 21/6/2021.
2. Bagaimanapun saya tahu ramai yg dah pun menghantar surat rayuan 3rd Intake ke Bahagian Sbp tanpa menunggu status kekosongan dulu.
Boleh je buat begitu. Tapi tindakan tu tidak menguntungkan pun sebab Unit Pengambilan Sbp sendiri pun tak tahu Sbp mana yg akan ada kekosongan sebab buat masa ini semua Sbp dianggap telah penuh apabila tawaran 2nd Intake telah pun dibuat pada 8/6/2021 yg lepas.
3. Dalam surat rayuan tu perlu disebut nak merayu untuk sekolah mana. Tolong jangan merayu untuk sekolah yg dah penuh sebab kalau itu berlaku rayuan kita hampir pasti akan gagal.
4. Hantarkan Surat Rayuan Sbp tu pada pegawai2 Unit Pengambilan selewat2nya pada 30/6/2021.
Disebabkan Lockdown PKP ni, Email sahaja surat rayuan 3rd Intake tu.
5. Satu lagi, tak perlu pun sertakan salinan sijil2 anak dalam surat rayuan tu.
B. Untuk SMKA
1. Pengambilan pelajar untuk Smka bawah Sekolah Khusus diuruskan oleh Bahagian Pendidikan Islam KPM Cyberjaya..
2. Tetapi memandangkan ada Jabatan Pendidikan Negeri JPN yg dengan sendirinya telah mengeluarkan Surat Tawaran kepada mereka yg berjaya dapat tempat di Smka, elok la ibubapa yg nak merayu ke Smka untuk buat 2 Surat Rayuan 3rd Intake ni. Satu Ke BPI KPM Cyberjaya dan Satu lagi ke JPN di negeri Smka itu terletak.
3. Buat surat rayuan ke Smka & JPN selepas 15/6/2021. Email sahaja Surat2 tersebut.
4. Status kekosongan Smka boleh diperolehi dengan menghubungi Smka berkenaan & juga JPN Smka itu terletak.
C. Untuk MRSM
1. Mara dah buat kenyataan mereka yg berstatus rayuan dan masih gagal dapat tempat di Mrsm selepas 15/6/2021 boleh la menganggap rayuan mereka semua tu tidak berjaya..
2. Oleh yg demikian, mereka yg berstatus Rayuan Anda Telah Diterima Dan Sedang Diproses tu boleh la cuba buat Surat Rayuan Mrsm ke Mara selepas 15/6/2021.
3. Yg berstatus Permohonan Anda Tidak Berjaya tu tak perlu la buang masa buat Surat Rayuan ke Mara lagi sebab mereka yg bersatus Permohonan Anda Tidak Berjaya itu tidak memenuhi markah minima ujian UKKM untuk layak dipertimbangkan diberi tempat.
4. Email sahaja Surat Rayuan Mrsm tu ke Mara. Elok buat 2 Surat. Satu email kepada En Kherman dan satu lagi email ke
pengambilanpelajar@mara.gov.my.
Itu sahaja.
Semua di atas adalah cadangan saya sendiri sahaja. Nak follow boleh. Tak nak follow pun takpe.