18:16
Hashim Zainal
Tentang Igcse ni, saya ni antara ibubapa yg tak berminat dgn Mrsm Igcse ni sebab bagi saya Igcse ni lebih banyak membebankan pelajar Mrsm Igcse tu sendiri dan membazirkan wang ibubapa sahaja membayar yuran exam yg result nya tak boleh digunakan untuk IPTA Malaysia ni.
Kenapa ianya membebankan pelajar? Sebab setiap tahun ada sahaja Exam2 besar untuk pelajar2 Mrsm Igcse ni dari Form 2, 3, 4 hingga la SPM masa Form 5 nanti.. Dari maklum balas yg saya terima, ada sesetengah pelajar tu memberi lebih tumpuan & keutamaan pada Exam Igcse masa Form 4 sebab ianya lebih dulu masa Form 4 sehinggakan Subjek2 SPM terabai dan mereka hanya mula fikir tentang SPM waktu Form 5 sahaja dan bila itu terjadi, selalunya mereka ni tak cukup masa untuk buat persediaan yg cukup untuk SPM. Dan atas sebab itu juga la kebanyakan mereka mendapat result Igcse yg lebih baik dari result SPM itu sendiri.
Itu part tentang membebankan pelajar dan salah memberi fokus dan keutamaan bila Igcse pula yg diutamakan berbanding SPM.
Tentang membazirkan wang ibubapa bayar yuran Exam yg tak boleh digunapakai untuk IPTA Malaysia ni, ianya lebih merujuk kepada permohonan masuk IPTA melalui UPU selepas SPM.
Saya amat bersetuju dgn Igcse ni kalau pihak UPU boleh terima result Igcse tu sebagai Alternatif kepada result SPM yg anak2 ada untuk masuk IPTA.
Contoh, kalau syarat kemasukan ke program Asasi Sains Hayat UM perlukan sekurang2nya Gred A- untuk subjek Biology, dan anak pula dapat gred B+ Biology SPM dan gred A Biology Igcse, Jadi boleh la anak gunakan result Biology Igcse yg gred A tu sebagai alternatif kepada result Biology SPM untuk mohon Asasi Sains Hayat UM sebab kalau guna result Biology SPM, anak dah tentu2 tak layak memenuhi Syarat Khas program Asasi Sains Hayat UM tu.
Kalau UPU boleh terima result Igcse ni sebagai alternatif kepada result SPM yg anak ada, baru la berbaloi untuk duduki Exam Igcse ni. Kalau tidak ianya suatu pembaziran sahaja.
Tapi malangnya, UPU tidak terima pula result Igcse ni sebagai alternatif kepada result SPM yg anak2 ada.
Kenapa saya kata ianya suatu pembaziran?? Sebab tak ramai yg akan gunakan result Igcse mereka tu.
Dari 150 org pelajar setiap Mrsm Igcse, berapa ramaikah yg akan gunakan result Igcse mereka tu?? 10%? 20%? Saya tak fikir ianya boleh lebih dari 30%?
Sebab, apa yg saya tahu, lebih ramai pelajar dan ibubapa yg mengeluh tentang exam Igcse ni. Bagi mereka ianya lebih banyak membebankan pelajar Mrsm Igcse sahaja.
Jadi apakah Success Rate Mrsm Igcse? Saya agak2 mungkin 10%? 20%? max pun 30% sahaja.
Apa2 pun, saya memang takde data nak jawap soalan tersebut tetapi kalau Success Rate nya tinggi dan sambutannya baik, Mara pastikan takkan hentikan langsung program Igcse ni walaupun hanya satu Mrsm Igcse je.
Untuk rekod, setahu saya, buat masa ni Mara dah hentikan program Igcse ni di 3 buah Mrsm Igcse iaitu di Mrsm Batu Pahat, Mrsm Baling dan Mrsm Serting. Tiga2 Mrsm tu dah jadi Mrsm Premier sahaja. Apakah sebabnya? Saya tak tahu. Tapi common sense mengatakan ianya dihentikan atas sebab2 kurang sambutan, kurang keberkesanannya.
👍
103
🤔
6