# Hebahan Hari Temu Duga Kemasukan Murid Tingkatan 1 Tahun 2023 SM Integrasi Sains Tahfiz MAIWP #
1) Tahniah diucapkan kepada semua calon yang terpilih untuk Ujian Saringan dan Temu Duga Pengambilan Murid Tingkatan 1 SMISTA MAIWP Sesi 2023
2) Semakan boleh dibuat di sini
https://my03.awfatech.com/maiwp/standalone/stureg/stureg_status.php?sysapp=maiwp3) Sesi Temu Duga Tingkatan 1 2023 SMISTA MAIWP akan diadakan pada 4 Februari 2023 (Sabtu) SAHAJA.
4) Semua calon dan ibu bapa dinasihatkan supaya datang mengikut waktu dan sesi yang telah ditetapkan (ada dinyatakan dalam slip) bagi mengelakkan kesesakan dan sebarang kesulitan semasa sesi pendaftaran (Sila patuhi prosedur yang telah ditetapkan).
5) Calon hendaklah mengikuti etika pemakaian yang ditetapkan (Unifom lengkap Sekolah Rendah).
6) Calon-calon yang mendapat jemputan temuduga sahaja yang layak untuk ditemuduga (sila bawa salinan slip temu duga untuk semakan pendaftaran).
7) Calon-calon dibenarkan membawa 'handphone' untuk memudahkan urusan pergerakan dan komunikasi antara ibu bapa.
8 ) Sesi temu duga akan diadakan di Sekolah Menengah Integrasi Sains Tahfiz (SMISTA MAIWP). Ibu bapa boleh membuat carian melalui aplikasi ‘Waze’ atau ‘Google Maps’ dengan carian ‘SMISTA MAIWP’ atau ‘MASJID SAIDINA OTHMAN IBN AFFAN, BANDAR TUN RAZAK’, CHERAS, KL (SMISTA dalam kawasan Masjid).
9) Koperasi SMISTA akan mengadakan jualan makanan dan minuman pada hari temu duga nanti bagi memudahkan ibu bapa dan memeriahkan lagi Hari Temu Duga.
10) Diharapkan semoga semua calon dipermudahkan segala urusan, diberi kesihatan yang baik dan berjaya dalam sesi temuduga yang diadakan, Insya-Allah.
Maklumat lanjut:-
Sekolah Menengah Integrasi Sains Tahfiz MAIWP,
D/A Masjid Saidina Othman Ibn Affan,
Jalan Budiman,
Bandar Tun Razak,
56000 Cheras,
Kuala Lumpur.
Tel:
03-91711005#IntelekDinamikQuranik#SMISTAMAIWP#SMIntegrasiSainsTahfiz#SMIntegrasiSainsTahfizMAIWP#SekolahSMISTA#UjianSaringanTemudugaTingkatan12023