Pihak JAIS telah melantik Jawatankuasa Panel Penemuduga kemasukan murid baharu Tingkatan Satu pada 11 dan 12 Januari Hari Sabtu dan Ahad di Sekolah Agama Menengah Muhammadiah Pekan Sabak. Semua calon dikehendaki hadir tepat pada waktu yang ditetapkan dalam surat panggilan temuduga.
Tatacara Perujian dan Sesi Temuduga Kemasukan Tingkatan 1 Tahun 2023
Terlebih dahulu tahniah diucapkan kerana berjaya dipanggil untuk sesi temuduga.
1.Pastikan calon membaca arahan yang terdapat di dalam surat tawaran JAIS.
2.Bawa juga salinan sijil seperti Sijil UPKK, Sijil kokurikulum, Sijil PSRA, Laporan PBD dan lain-lain sijil kecemerlangan.
3.Pastikan hadir pada tempat, tarikh, hari dan masa yang ditetapkan. Sebarang kelewatan boleh menyebabkan calon hilang kelayakan.
4.Mohon calon hadir sejam lebih awal untuk urusan pendaftaran di hadapan dewan
5.Ibu bapa/penjaga hanya dibenarkan menghantar anak di hadapan pintu pagar sahaja.Kenderaan tidak dibenarkan masuk ke kawasan sekolah untuk mengurangkan kesesakan lalulintas.
6.Pihak urusetia akan membawa murid ke tempat pendaftaran.
7. Sesi pertama calon mengikuti ujian bertulis.
8. Sesi kedua calon akan dikuarantin untuk ujian tasmik hafazan dan selesai
9.Kenderaan ibu bapa dibenarkan masuk untuk menjemput murid dilaluan berbumbung mengikut aturan yang ditetapkan.
Semoga segala urusan dipermudah oleh-Nya.
#disinilahirnyahuffazprofesional #anakpintarsolehCredit:page fb sma muhammadiyah pekan sabak