Salam semua.. saya adalah parent yg dapat msg dr MARA pada khamis lepas tentang blacklist spt di bawah:
RM0 MARA : Mohon hubungi kami (Bhg Kawalan Kredit) untuk semakan senarai hitam di: 0326132131/2133/2286/2399/2147/2178. Abaikan mesej ini jika tidak berkenaan.Saya rasa saya perlu kongsikan pengalaman kami kepada parent yang ada isu yang sama. kami suami isteri mmg xsangka nama ada blacklist dekat mara walaupun pembayaran mmg konsisten..rupanya ada isu teknikal pada 2018 yg kami tak aware.
Saya mula call BKK Khamis yg lepas utk pastikan status pemutihan settle. pegawai khidmat pelanggan MARA unit BKK kata mereka hanya mampu rekodkan permohonan pelepasan senarai hitam kami, namun menurut mereka hanya pegawai atasan sahaja yang boleh bagi pelepasan secara official.
pagi jumaat saya call dan status pelepasan masih dalam proses.
pagi isnin saya call lagi, kali ni pegawai customer service MARA mintak saya emailkan permohonan kepada pegawai atasan berkenaan untuk pelepasan segera. kami email seperti diminta.
pagi selasa suami call and pegawai khidmat pelanggan MARA kata permohonan suami masih dalam proses (sebab banyak permohonan yang perlu disemak). dia minta suami saya email kepada seorang lagi pegawai kerana pegawai yg kami email pada hari isnin katanya sedang bercuti.
pagi ni suami call lagi, katanya pegawai atasan dah approve permohonan pelepasan suami pada hari ni 22 Mac. nama suami akan dihantar ke unit pendidikan menengah utk clearance nama anak.
pagi ni juga saya call unit pendidikan menengah utk tanyakan status adakah bila kami dapat mesej dari MARA ttg blacklist tu menunjukkan merit anak dah lepas. beliau kata YA. merit anak saya memang dah lepas. proses seterusnya adalah bila unit pendidikan menengah dah dapat senarai nama suami saya, baru anak boleh dapat surat tawaran mrsm berdasarkan merit.
pegawai MARA ada jugak sebut kalau nak dapatkan status pemutihan anak di bahagian pendidikan menengah dengan segera, sebab banyak red tape and birokrasi yg kene lalui, dia cadangkan untuk saya terus pergi ke bangunan mara unit BKK utk dapatkan status official hitam putih pemutihan then boleh hantarkan dokumen tersebut ke unit pendidikan menengah utk clearance nama anak.
memandangkan akan ada intake kedua ketiga dan seterusnya utk MRSM sehingga 31/5/2023, saya rasa sebagai ibubapa, mmg kami perlu usaha sehabis baik lebih2 lagi bila tahu merit anak kami dah lepas..cuma mak ayah dia terlepas pandang terhadap isu teknikal kecil yg bg impak besar kat permohonan anak. kesian kat anak. pengajaran buat kami utk permohonan adiknya nnt.
buat masa ni kami hantar anak ke sekhar utk dapatkan pengalaman belajar, berkawan di sana memandangkan tak tahu intake keberapa anak akan dapat panggilan.
kepada ibubapa
#teamrayuan dan
#teamblacklist, jangan give up. teruskan usaha dan doa kita demi anak2. mmg proses nya agak panjang dan meletihkan.. namun untuk anak2 kita mesti teruskan usaha ๐ช๐ป๐ช๐ป