22:57
Rashdan Razak
Tahniah saya ucapkan kpd semua anak2 (& ibu bapanya) yg sudah masuk daftar ke MRSM, SABK, SAM dan semua jenis sekolah berasrama pd mggu lepas dan ke SBP, MTD, SMKA, SMT, KV pada esok hari.
Utk anak2 sulung / yg pertama dlm keluarga yg masuk ke asrama, tentu pengalaman yg akan ditempuh merupakan pengalaman asing yang mungkin membangkitkan keterujaan atau mungkin juga menjadi ujian kesedihan dan kesunyian yg tak pernah diduga. Ibu bapa anak2 sulung / pertama ke asrama pun tak terkecuali dr ujian perasaan yg dialami anak2. Rindu dan dirindui, ingat dan diingati.
Adalah lebih baik kiranya ibu bapa dpt berterus terang dgn anak2 akan cabaran2 yg akan ditempuhi anak2 khususnya dr segi emosi di asrama supaya mereka lebih bersedia dr segi fizikal & mental. Perasaan sunyi dan kosong, terasing dan homesick. Bgtau anak2, bukan mereka shj yg mgkin akan menempuhi cabaran baru ni, semua anak2 yg baru mendaftar pasti akan merasai perasaan yg sama.
Yg membezakan ialah bagaimana masing2 menguruskan ujian ini. Berikan solusi utk setiap ujian yg akan dirasai. Bila rasa homesick, cepat2 cari kawan bersembang utk alihkan perhatian, jgn bersendiri, ambil masa utk kenal dgn lebih dekat kawan2 sepanjang minggu orientasi. Sentiasa rendah diri, buat baik dgn semua orang, jgn sesekali cari masalah, cari pasal dgn org lain lagi2 dgn senior. Ini jg antara punca utama kalau berlaku isu buli.
Ingatkan mereka, kalau dpt sabar & tahan dgn ujian ni dlm tempoh 3 bulan, insyaaAllah semuanya akan OK shj selepas tu. Jgn lepaskan peluang yg mgkin dtg sekali shj seumur hidup yg ramai mengimpikan, tp hanya yg terpilih yg dpt mengecapinya. Selamat menempuh ke fasa baru kehidupan. Anak2, ibu bapa, kedua2nya kena kental. Semoga dipermudahkan urusan semua.
👍
62
❤
9
🔥
1