Copy paste dr parents
Nk bg link tk dpt
Maahad tahfiz.
Kelmarin ada kawan tanya, anak sekolah tahfiz mana. Macamana nak masuk?
Ni kalau ada ibu bapa yang rancang nak masukkan anak ke maahad tahfiz. Ada banyak juga pilihan terutama sekolah swasta.
Anak saya maahad dibawah JAIS, dibawah kerajaan negeri Selangor. Bukan sekolah swasta.
Nama maahad ni Maahad Integrasi Tahfiz Sains Teknologi, atau ringkasnya MITS. Cawangan Alam Impian.
Ada 5 cawangan MITS, cawangan Shah Alam Klang Alam Impian, cawangan Sabak Bernam, cawangan Sepang Bagan Terap Bagan Lalang, cawangan Jugra Istana bandar dan terbaru cawangan ke-5, MITS Pandan Indah.
Cara nak mohon kebiasaannya melalui sekolah. Serta keputusan UPSR 5A/6A, dan PSRA tahap MUMTAZ.
Agak payah juga nak masuk sebenarnya, dan pengambilan dalam 60 orang sahaja satu sekolah.
Bila dapat tawaran, masa interview juga akan ditanya mengenai hafazan. Setengah jam kena hafal 1 mukasurat.
Dan ada pelajar yang dapat tapi tidak berminat. Jadi hanya yang minat sahaja digalakkan terima permohonan nih. Sebab ramai anak yang minat tapi tak dapat. Kesian diaorg.
Selain kena menghafal 30 juzuk dalam masa 4tahun, anak akan belajar juga subjek akademik. Untuk SPM, anak ambil BM, BI, Maths, Sejarah, Fizik, Kimia, Biologi serta Add Maths.
Selain itu, anak akan belajar juga Syariah, Usuluddin serta Bahasa Arab Tinggi. Jumlah semua 11 subjek masa peperiksaan.
Agak berat sebenarnya.
Visi MITS untuk melahirkan huffaz profesional dalam pelbagai bidang kehidupan. Ilmu alquran dan agama dibawa sekali dengan ilmu profesional lain. Agama dan kehidupan adalah seiring. Tidak boleh dipisahkan.
Moga sesiapa yang minat nak hantar anak ke maahad, boleh rancang dari awal.
Creating future leaders
#MITS#NMJ