RAYUAN INTAKE KE 3Assalamualaikum semua..
Berkenaan rayuan intake ke-3, byk soalan ditanya. Saya cuba concisekan jadi Q&A format ya.
Q: Siapa yg layak buat rayuan intake ke 3 SBP dan SMKA?A: Semua pemohon yg telah menduduki pksk dan membuat rayuan online (nama anak dah pernah merayu untuk 2nd intake) tapi tidak berjaya 1st dan 2nd intake.
Mana2 pelajar yg telah dpt tawaran SBP/sekolah khusus semasa 1st dan 2nd intake tidak akan dipertimbang utk rayuan 3rd intake. Yang tolak tawaran, yg terlepas tawaran pun tidak layak merayu utk intake ke 3
Q:Berapa kekosongan yg perlu diisi?A: Jumlah tepat hanya akan diketahui selepas 2nd intake mendaftar 2/5 dan selepas tamat tempoh pendaftaran iaitu pada 8/5. Tuan Hashim akan berikan bilangan tepat semasa sesi taklimat 14/5. Setiap SBP berbeza bilangan kekosongan dan byk SBP sudah penuh diisi semasa 2nd intake, jadi persaingan seterusnya sgt sengit.
Q: Bila boleh mula membuat rayuan intake ke 3?.A: Seeloknya bila semua 2nd intake mendaftar. Maksudnya buatlah rayuan hanya selepas 8/5 utk peluang lebih cerah.
Q: Kenapa 8/5?A: Validity / keabsahan surat tawaran 5-7 hari dari tarikh pendaftaran. Selepas itu surat tawaran no longer legally bound. Jadi bilangan yg mendaftar setiap SBP dah jelas.
Q: Apa method rayuan intake ke 3?A: Hanya email atau surat rayuan hardcopy ke dlm kotak di GF Cyberjaya ke bpsbp dan bpi.
Anda tidak dibenarkan naik ke pejabat BPSBP untuk rayuan.
Tiada lagi rayuan online melalui portal mcm 1st dan 2nd intake.
Q:
Apa alamat email rayuan intake ke 3?A:
pengarah.bpsbp@moe.gov.my(Alamat utk surat boleh google)
Q: Bila tawaran intake ke-3 akan diumum dan bila daftar?A: Belum muktamad. Akan update kemudian
Q: Bagaimana cara panggilan 3rd intake?A: email/sms/phone call sahaja. Tiada lagi link semakan. Pastikan nombor phone dan email sama seperti dalam permohonan asal dan aktif.
Q: Apakah kriteria pemilihan 3rd intake?A: Merit masih syarat utama. Hanya yg layak dan membuat rayuan akan mendapat tempat.
Q: Ada contoh surat rayuan?A: Boleh scroll post2/media awal. Ada byk contoh surat rayuan.
Pastikan:
Kita sebagai parents yg merayu utk anak.
Alamat Email betul
Nama dan IC anak betul
Sedikit info pencapaian anak
Apa yg anak kita boleh capai di sbp (puji sbp)
Pilihan SBP - sanggup ditawar ke mana2 sbp yg sesuai.
Email/no phone utk dihubungi
Q: Perlukah sertakan sekali sijil2 dan dokumen dlm email rayuan?A: Untuk SBP tidak perlu.Memadai satu surat rayuan sahaja.
Untuk SMKA perlu attach keputusan upkk/jqaf dan sijil2 berkenaan.
Q: Pilihan rayuan masih 3 SBP ?A: Tidak. Sebut satu saja SBP yg kita rasa anak kita layak dan ada kekosongan dan gunakan ayat "sanggup ditawar ke mana-mana SBP yg sesuai".
Q: Bolehkah membuat rayuan SBP dan SMKA sekaligus?A: Ya boleh mulai intake ke 3.
Rayuan sbp/sbpi melalui email atau isi dlm kotak ke BPSBP Cyberjaya.
Rayuan ke SMKA melalui email atau isi dlm kotak ke BPI cyberjaya.
Q: Bolehkah kita memilih SBP tertentu untuk 3rd intake?A: Boleh, Tiada halangan. Tetapi byk SBP sudah penuh selepas 2nd intake jadi intake ke 3 adalah pengisian sahaja. Fokuslah kepada SBP yg masih mempunyai kekosongan.
Follow arahan tuan Hashim untuk taburan kekosongan SBP yg lebih tepat. Tiada guna tuan puan merayu ke SBP yg sudah penuh.
Q: Adakah persiapan sama utk pelajar rayuan dan pelajar 1st intake semasa mendaftar?A: Sama. Cuma tak ada minggu orientasi.
Yuran makan akan ada diskaun sebab masuk lambat😊
Q: Sampai intake ke berapa ada proses rayuan? A: Selalunya sampai intake ke 5 tapi pengisian akhir bergantung kepada kekosongan.
Tamat...
(Will update with new infos later)
Updated as at 9.30am 9/5/2023