Komentar seorang penulis bilamana ada pertanyaan di facebook bagaimana intergomb boleh kekalkan kecemerlangan.
...........................................
Pernah mengajar 5--7 group dari batch berbeza SBP Gombak kluster dekat Sungai Cincin ini. Antara faktor:
1- ramai ibubapa2 sekitar Lembah Klang yang educated mudah datang dan kerap datang ke sekolah untuk berbincang dengan pihak sekolah.
2- pihak pentadbir, para murabbi murabbiah dan admind sekolah bersikap terbuka dan mesra pelanggan dengan ibubapa.
3- team PIBG ramai dan biasanya memang ramai daripada ibubapa professional khasnya pensyarah, jurutera, korporat , agamawan, dll.
4- Team Pibg bagus, proaktif program kecemerlangan dan mempunyai hubungan baik dengan para guru ) pentadbir.
5- PIBG berperanan berkesan sebagai koordinator antara pihak ibubapa sekolah.
6- ada kuarters guru-guru hanya 1.5 -- 2 km sahaja dari sekolah ini. Tapi tak pasti berapa ramai yang tinggal di kuarters. Kawan2 adik junior saya pun ada.
Ini daripada pemerhatian dan maklumat yang saya dapati dari pelajar dan ibubapa yang saya berurusan bila buat Tuition untuk anak-anak mereka.
Tahniah semua Ibubapa, YBrs PIBG ,& Ajk2, YBrs Tn Pengetua, para guru, penderma dana dan semua guru-guru Sekolah Rendah juga yang TELAH mencanai kualiti anak-anak SPM ini sejak awal persekolahan...
#aikayjay