13:28
Marniee🌸 Liniee🫶🏼
MRSM vs SBP vs sekolah harian.
Ya Allah, rasa macam baru semalam teman si kakak masuk darjah satu.
Saya nak kongsi ni untuk persediaan kawan-kawan yang ada anak darjah 6 tahun ni dan memang berhasrat untuk apply MRSM dan SBP.
Kalau dah kata ibu bapa, saya faham sangat hasrat dan keinginan untuk pastikan anak mendapat tempat di sekolah terbaik.
Jom baca.
Perkara pertama paling penting, ibu ayah tolong cakna tarikh permohonan dan tarikh tutup permohonan.
Biasa dalam bulan Ogos.
Jangan mengharap guru atau sekolah.
Ibu ayah play a role ya. Be alert!
Tahu kita sibuk. Tapi ini perkara penting.
Risau anak tidak mendapat tempat dek kelalaian kita sebagai ibu ayah.
Cakna juga tarikh peperiksaan anak.
Untuk MRSM akan duduki peperiksaan UKKM.
Untuk SBP akan duduki peperiksaan PKSK.
Jangan terlepas tarikh, kesian anak nanti!
Bila dah buka tarikh permohonan, buat research sikit.
Ini pengalaman pertama saya.
And I tell you, bukan semudah 'apply then settle!'.
Untung saya ada kawan-kawan yang prihatin.
Rupanya banyak yang perlu di ambil kira.
Terima kasih Noreen Nastasha selalu berkongsi maklumat dengan aku. Kalau dah kata pendidik ni, memang tak kedekut ilmu! Terima kasih!
MRSM, permohonan diterima lebih 90k ribu.
Pengambilan hanya 7169 pelajar.
Hang rasa??😂
Belum di ambil kira bab sosial ekonomi B40, M40, T20.
Jangan canang anak B40 tak pandai pun boleh dapat MRSM.
Dan jangan canang anak T20 dapat MRSM sebab tipu payslip😅
Semua ni berbeza merit untuk mendapat tempat di MRSM nah.
Masing-masing ada merit kelayakan.
MRSM sendiri ada banyak jenis program (Premier, Bitara, Ulul Albab, IGCSE, IB dan Teknikal).
Bukan boleh sembarangan campur program dalam 3 pilihan permohonan.
Nanti cari ilmu ni ya sebelum buat permohonan.
Kena ingat, kita mohon online ya. Semua sistem. Sistem/robot tak ada perasaan dan memang sudah diset kriteria pilihan.
Dalam 3pilihan yang kita mohon tu, MRSM boleh campak di mana saja ikut 3 pilihan tersebut.
MRSM ni banyak kelebihan.
Tahniah pada anak-anak yang berjaya mendapat tempat!
SBP pula.
SBP pun diberi 3pilihan.
Sama macam MRSM, bukan boleh asal letak.
Tak seperti MRSM, pilihan pertama yang kita letak tu sangat la penting.
Sangat jarang-jarang ada yang dapat dari pilihan kedua dan ketiga.
Kalau nak play safe, pilihlah sekolah yang kurang permintaan tinggi. Sekolah-sekolah idaman ini biasanya akan jadi agak risiko untuk mendapat tempat sebab yang mohon ramai tapi pengambilan terhad.
Kecuali! Mak ayah yakin yang anak memang layak bersekolah di situ. Mak ayah saja yang tahu dan kenal potensi anak-anak.
Kalau yakin anak memang layak dan boleh mendapat tempat, ayuh jangan ragu-ragu mohon!
Kesimpulannya, mak ayah kena buat research sikit ya. Banyak support group dalam FB, WhatsApp dan telegram. Cari ok!
Cakna dengan info-info penting seperti tarikh, pembelajaran anak-anak. Selalu-selalulah berinteraksi dengan guru anak. Apa yang anak lebih, apa yang anak lemah dan perlu diperbaiki (Terima kasih Cikgu Sbt SK Jawi sebab sentiasa beri yang terbaik. Saya terhutang budi dengan para guru)
Orang tanya saya, memang dapat sekolah jauh ke?
Bukan dapat, tapi mohon.
Zaman sekarang tak macam zaman kita dulu.
Semua cikgu/sekolah buat, tahu-tahu dapat sekolah itu ini.
Sekarang semuanya perlu mohon online.
Dan saya memang pilih sekolah tersebut.
Satunya, si kakak nak sekolah perempuan.
Keduanya, alang-alang memilih, mestilah saya cari sekolah yang terbaik untuk kakak.
Jauh pun tak apa, asalkan anak saya dapat duduk dalam circle yang terbaik.
Lagipun anak saya, lagi jauh lagi dia suka!🙄
Memang saya particular dan buat research sebelum buat buat keputusan sekolah mana untuk dipohon.
Google sana, Google sini.
Tanya sana, tanya sini.
Bab ni, saya tak boleh komen panjang.
Memang rezeki dia.
Saya sendiri tak sanggup check keputusan malam tu. Saya tidur awal sebab tak sanggup kecewa haha.
Suami yang check jam 12malam dan kejutkan saya. Melompat si ayah anak berjaya mendapat tempat.
Sebenarnya, sekolah mana pun terbaik.
Saya sendiri gagal di SBP🤣.
Tapi cemerlang di sekolah harian.
👍
30
❤
4