16:17
Liza Aziz
Ada yg tanya macamana Mara kira Markah Merit untuk tentukan Merit Ranking setiap murid untuk kemasukan ke Mrsm??
Jawapan saya mudah je. Saya tak tahu apa formula yg digunapakai oleh Bahagian Pendidikan Menengah Mara (BPM) untuk kira Markah Merit mereka yg mohon masuk Mrsm.
Bagaimana pun, rasanya boleh je kalau nak agak2 bagaimana cara pengiraan tu dibuat berpandukan pada kenyataan yg pihak BPM telah buat untuk Intake Mrsm 2021 yg lepas ni iaitu Mereka yg berjaya ditawarkan tempat ke Mrsm bergantung sepenuhnya 100% pada result UKKM anak.
Tapi betul ke pemilihan mereka yg berjaya ke Mrsm bergantung sepenuhnya 100% pada result UKKM anak?
Saya rasa tidak 100%. Bukan 100% sebab pihak Mara banyak kali sebut mereka perlu beri keutamaan juga pada golongan B40. Jadi Mara perlu mengambil kira status sosio ekonomi keluarga (SES) T20 M40 B40 untuk pengiraan Markah Merit tu..
Persoalannya sekarang berapakah weightage / pemberat untuk SES ni? Saya tak tahu. Tapi rasanya ianya mungkin 20% atau 15% je.
Jadi kalau SES 20%, weightage result UKKM 80%, dan
Kalau SES 15%, weightage result UKKM 85%.
Jom kita kira Markah Merit anak2 T20, M40 & B40 ni mengikut formula pengiraan saya..
Andaian:
Ada 3 org murid, sorang T20, sorang M40 & sorang lagi B40 dan semua mereka mendapat result UKKM yg sama 70/100.
A. Kalau SES 20% & UKKM 80%.
Markah Merit murid T20
UKKM 70/100 x 80 = 56 + SES (1/3 x 20 = 6.67)
= 62.67
Markah Merit murid M40
UKKM 70/100 x 80 = 56 + SES (2/3 x 20 = 13.33)
= 69.33
Markah Merit murid B40
UKKM 70/100 x 80 = 56 + SES (3/3 x 20 = 20)
= 76.00
Untuk anak T20 mendapat Markah Merit yg lebih tinggi dari B40, beliau perlu dapat result UKKM sekurang2nya 87/100 untuk mendapat Markah Merit 76.34.
UKKM 87/100 x 80 = 69.60 + SES 6.67 = 76.34.
Jadi perlu usaha lebih sikit untuk dapatkan tambahan 17 markah lagi. Rasanya takde masalah sebab keluarga T20 pasti mampu untuk sediakan segala kemudahan agar kecemerlangan anak T20 boleh dicapai.
Untuk anak2 M40 mendapat Markah Merit yg lebih tinggi dari B40, beliau perlu dapat markah UKKM sekurang2nya 79/100 untuk mendapat Markah Merit 76.53.
UKKM 79/100 x 80 = 63.2 + SES 13.33 = 76.53
Jadi perlu usaha lebih sikit untuk dapatkan tambahan 9 markah lagi.
Pengiraan Merit di atas kalau weightage SES nya 20%.
B. Kalau SES 15% & UKKM 85%
Markah Merit murid T20
UKKM 70/100 x 85 = 59.50 + SES (1/3 x 15 = 5.0)
= 64.50
Markah Merit murid M40
UKKM 70/100 x 85 = 59.50 + SES (2/3 x 15 = 10.0)
= 69.59
Markah Merit murid B40
UKKM 70/100 x 85!= 59.50 + SES (3/3 x 15 = 15.0)
= 74.50
Untuk anak T20 mendapat Markah Merit yg lebih tinggi dari B40, beliau kena dapat result UKKM sekurang2nya 82/100.
UKKM 82/100 x 85 = 69.70 + 5.00 SES = 74.70
Perlu dapatkan tambahan 12 markah lagi.
Untuk anak2 M40 mendapat Markah Merit yg lebih tinggi dari B40, beliau perlu dapat markah UKKM sekurang2nya 76/100.
UKKM 76/100 x 85 = 64.60 + 10.00 SES = 74.60
Perlu dapatkan tambahan 6 markah lagi.
Itu sahaja. Saya harap posting saya ini dapat membantu walaupun ianya sekadar jangkaan saya sahaja bagaimana Markah Merit Mrsm dikira menggunakan formula pengiraan saya.
Secara amnya, saya percaya mereka yg mendapat Markah UKKM sekurang2nya 80/100 samada dari golongan T20, M40 atau B40, pasti mudah mendapat tempat 1st Intake Mrsm nanti.
Asasnya, lagi tinggi markah UKKM, lagi mudah dapat tempat Mrsm tak kira la dari keluarga T20, M40 mahupun B40.
Akhir kata, seperti biasa, baca boleh, tapi tak perlu pun percaya apa yg saya tulis ni ye.
Sekian.
👍
21
❤
1