Pesanan khas kepada IbuBapa di mana anak mereka mendapat tawaran Ting 1 & 4-2023 di MRSM Mersing dan akan mendaftar pada 21/3/2023.
โโโโโโโโโโโ
Assalamualaikum, Salam Perkenalan dan Salam Silaturahim.
Selamat datang ke MRSM Mersing, Johor. Tahniah diatas kejayaan anak Datoโ/Datin/Tuan/Puan yang telah terpilih melanjutkan pelajaran ke Tingkatan 1 dan Tingkatan 4 di MERS.
Saya adalah YDP Muafakat (dahulunya dipanggil PIBG). Saya menjemput tuan/puan untuk menjadi Ahli Muafakat MRSM Mersing dan juga bersama dalam Group WhatsApp IbuBapa untuk kami salurkan segala informasi berkaitan.
Bersama saya dalam group support ini adalah:
Puan Shuhaily (Lily) - NYDP Muafakat MRSM Mersing
Puan Norihan (Yan) - Biro Kebajikan MRSM Mersing
Puan Noorafiza (Fiza) - Biro Komunikasi MRSM Mersing
1. Kami akan menamakan group WhatsApp ini โMERS Parents Support 2023-24โ kerana itulah tujuannya. Ia diwujudkan lebih awal dari hari pendaftaran bagi membantu ibu bapa membuat persediaan sebelum mendaftar, dan melontarkan sebarang persoalan perkaitan pendaftaran di maktab nanti.
2. Group RASMI ibu bapa pelajar Tingkatan 1 akan diwujudkan sejurus kami menerima senarai penuh pelajar dan ibubapa yang telah mendaftar.
3. Manakala untuk pelajar baru Tingkatan 4, kami akan masukkan ke dalam group Muafakat Tingkatan sedia ada.
4. Keahlian Group ini berdasarkan dari respon ibu bapa melalui Google Form yang telah kami sediakan. Ini bagi memastikan mereka yang menjadi ahli group ini adalah ibu bapa kepada pelajar yang akan mendaftar di MERS.
Jika tuan puan kenal dan mahu kongsikan link ini dengan ibu bapa yang mana anak mereka juga akan mendaftar di MERS, sila kan.
https://bit.ly/MERSSUPPORT2324Salam perkenalan,
Mohd Fadil Bin Misnan
YDP Muafakat MRSM Mersing 2021/23