Assalamualaikum & Selamat Sejahtera
HEBAHAN KEMASUKAN KE KOLEJ VOKASIONAL TAIPING BAGI TAHUN KEMASUKAN 2023 (SECARA WALK-IN)
๐บ BERITA BAIK UNTUK PELAJAR LEPASAN TINGKATAN 3, 2022!! ๐บ
Pemohonan kemasukan ke Kolej Vokasional Taiping secara walk-in telah dibuka!!!
KVT menawarkan 9 program pengajian seperti berikut:
๐บTEKNOLOGI AUTOMOTIF
๐บTEKNOLOGI KIMPALAN
๐บTEKNOLOGI PEMESINAN INDUSTRI
๐บTEKNOLOGI PENYEJUKAN DAN PENYAMANAN UDARA
๐บTEKNOLOGI PEMBINAAN
๐บTEKNOLOGI ELEKTRIK
๐บTEKNOLOGI ELEKTRONIK
๐บPENGURUSAN PERNIAGAAN
๐บKESETIAUSAHAAN PENTADBIRAN
Program yang ditawarkan telah mendapat Akreditasi penuh dari Malaysia Board of Technologists (MBOT) dan Malaysian Qualifications Agency (MQA)
Pelajar lepasan KV turut berpeluang melanjutkan pengajian ke IPTA/IPTS terpilih.
Lepasan sijil SVM juga boleh teruskan pengajian ke peringkat Diploma.
Syarat kemasukan umum ke KVT adalah seperti Berikut:
โข Calon adalah Warganegara Malaysia.
โข Calon mestilah murid yang bersekolah di Sekolah Kerajaan / Sekolah Bantuan Kerajaan di bawah kelolaan KPM.
โข Calon telah menduduki Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) bagi Tahun 2022 merangkumi Pentaksiran Bilik Darjah (PBD), Pentaksiran Aktiviti Jasmani, Sukan dan Kokurikulum (PAJSK) serta Pentaksiran Psikometrik (PPsi).
โข Calon sihat tubuh badan.
โข Calon mestilah tiada sebarang kecacatan atau kecederaan atau sejarah penyakit atau penyakit-penyakit yang mengehadkan, membataskan dan menyukarkan pelaksanaan kerja praktikal dan amali;
โข Calon mestilah TIDAK RABUN WARNA/BUTA WARNA.
โข Calon bebas daripada masalah mental; dan
โข Calon berminat dengan program dipohon
๐ธSemua pelajar tingkatan 3 2022 yang berminat boleh mengisi borang permohonan menggunakan pautan berikut:
https://forms.gle/GyW5q8tmifvXmMGU7Sebarang pertanyaan sila hubungi
05-8839371 (Pejabat)
013-5844855 (En. Roseazalee)
012-4599058 (En. Shahril Anuar)
016-5185921 (En. Dhurai)
010-5534303 (Pn. Hidayah)