Norzila binti Mohd Nor,
Jalan Pakat 3, Batu 4 Ijok,
45600 Bestari Jaya,
Selangor Darul Ehsan.
Pengarah,
Bahagian Pengurusan Sekolah Berasrama Penuh
dan Sekolah Kecemerlangan,
Kementerian Pendidikan Malaysia,
Aras 3, Bangunan Mustapha Kamal,
No. 2251, Jalan Usahawan,
63000 Cyberjaya,
Selangor Darul Ehsan. 28 Januari 2020
Tuan/Puan,
PER: RAYUAN PERMOHONAN KE SEKOLAH BERASRAMA PENUH (SBP) TINGKATAN SATU TAHUN 2020 SESI PENGAMBILAN KETIGA
Dengan hormatnya perkara di atas dirujuk.
2. Dimaklumkan bahawa saya adalah ibu kepada pemohon yang bernama
Nur Ainnul Madihah binti Misni. Merujuk kepada semakan di dalam laman web KPM, status permohonan Nur Ainnul Madihah adalah
tidak berjaya. Sebagai rujukan pihak tuan/puan, disertakan butiran berkaitan pelajar:
2.1 Nama : Nur Ainnul Madihah binti Misni
2.2 No. K/P : 070719101376
2.3 Angka Giliran : BC5005038
2.4 Nama Sekolah : Sek. Ren. Agama Integrasi Bandar Baru Kuala Selangor
2.5 Pilihan SBP : Sekolah Menengah Sains Bagan Datoh, Perak dan mana-
: mana sekolah mengikut kekosongan
2.6 Sebab Rayuan : Berminat dengan kurikulum dan kokurikulum serta suasana
pembelajaran yang kondusif di samping tenaga pengajar
yang : profesional di SBP berjaya membina sahsiah dan
jati diri pelajar ke arah kecemerlangan. 3. Untuk makluman pihak tuan/puan, penglibatan dan pencapaian Nur Ainnul Madihah adalah seperti berikut:
3.1 Memperolehi keputusan 4A 2B dalam UPSR;
3.2 Memperolehi keputusan Mumtaz dalam PSRA Negeri Selangor;
3.3 Memperolehi keputusan 8A dalam UPKK JAKIM;
3.4 Memperolehi Anugerah Tokoh Kurikulum Akademik Tahun 2019 Peringkat
Sekolah;
3.5 Memperolehi Anugerah Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negeri Selangor 2019;
3.6 Memperolehi Anugerah Emas Kempori Selangor 2018;
3.7 Menyertai Kejohanan Olahraga Majlis Sukan Sekolah Daerah Kuala Selangor 2019;
3.8 Memperolehi Naib Johan Pertandingan Marhaban Program Kemahiran Amal Islami (KAMIL) Peringkat Zon Tengah Daerah Kuala Selangor 2019;
3.9 Menyandang jawatan Pengawas Sekolah selama tiga (3) tahun berturut-turut iaitu tahun 2017, 2018 dan 2019; serta
3.10 Memperolehi band 6 pangkat Al-Fateh Junior AFJ dalam Pentaksiran Sahsiah.
4. Untuk makluman pihak tuan/puan juga, Nur Ainnul Madihah telah terpilih untuk
menduduki Ujian Kemasukan Sekolah Berasrama Penuh (UKSBP) Bagi Sesi Kemasukan Tingkatan Satu (1) Tahun 2020 yang diadakan pada
16 Oktober 2019 di Sekolah Menengah Sains Kuala Selangor. Justeru,
Nur Ainnul Madihah bersedia ditempatkan di mana-mana SBP yang bersesuaian. 5. Sehubungan itu, amat besar harapan saya agar pihak tuan/puan dapat
mempertimbangkan rayuan kemasukan ke SBP untuk sesi pengambilan ketiga, keempat dan seterusnya. Ini adalah kerana saya melihat SBP, KPM adalah institusi pendidikan yang mampu menggilap bakat dan potensi yang ada pada Nur Ainnul Madihah untuk menjadi insan cerdik pandai, berilmu dan berakhlak mulia yang boleh menyumbang kepada pembangunan agama, bangsa dan negara pada masa hadapan.
Kerjasama pihak tuan/puan dalam perkara ini amat dihargai dan diucapkan ribuan terima kasih.
Sekian, wassalam.
Yang benar,
................................................
(NORZILA BINTI MOHD NOR)
Telefon: (1)
017-3549656 – Ibu (2)
017-3210761 – Bapa