โKEMAHIRAN TU TEMPAT ORANG TAK LULUS SPM, BAIK MASUK TVETโฆ.โ
Pulak.
Terkesima kejap. Meh saya terangkan. Baca. Jangan suruh lukis pulak.
TVET tu apa?
IPMa tu apa?
TVET singkatan kepada Technical and Vocational Education and Training.
Pendidikan dalam bidang teknikal dan vokasional. Atau lebih mudah faham pendidikan dalam bidang โkemahiranโ.
Jadi, KEMAHIRAN dan TVET tu benda sama.
IPMa pula adalah singkatan kepada Institusi Pendidikan MARA. Semua institusi pendidikan bawah MARA kita panggil IPMa.
Kami ada: Maktab Rendah Sains Mara (MRSM),
Giat MARA, Institut Kemahiran MARA (MARA), Kolej Kemahiran Tinggi MARA (KKTM), MARA Japan Industrial Institute (MJII), Kolej Profesional MARA (KPM), dan UniKL.
Kalau terbaca atau terdengar frasa โPusat TVET MARAโ maksudnya; pusat pendidikan MARA yang menawarkan pendidikan dalam bidang kemahiran.
Contoh: Giat MARA, IKM, KKTM, dan MJII.
Kami di bawah Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah.
Pusat TVET MARA berada di bawah seliaan BKT MARA.
Dah sudahโฆ.
BKT tu apa pulak?
BKT ialah singkatan kepada Bahagian Kemahiran dan Teknikal MARA.
Kalau kementerian lain ada pusat TVET tak?
Ya, ada!
Contoh:
Kementerian Pengajian Tinggi ada Politeknik.
Kementerian Sumber Manusia ada Institut Latihan Perindustrian (ILP).
Kementerian Belia dan Sukan ada Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN).
Kolej Vokasional (KV) pula di bawah Kementerian Pendidikan.
Semua contoh di atas berada dalam kategori Institut Latihan Kemahiran Awam (ILKA).
Selain itu banyak juga kolej dan Institusi Latihan Kemahiran Swasta (ILKS).
Jadi kenapa perlu pilih Institut Kemahiran MARA Johor Bahru
1๏ธโฃ Yuran pengajian percuma
2๏ธโฃ Elaun bulanan
3๏ธโฃ Asrama disediakan
4๏ธโฃ Diiktiraf MQA, ETAC, JPK, dan lain-lain
5๏ธโฃ Berbilang pentauliahan:
MARA, Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK), Suruhanjaya Tenaga (ST) Jabatan Alam Sekitar (JAS), dan lain-lain. Ada juga program yang dipakejkan dengan sijil profesionak agensi lain seperti CIDB
6๏ธโฃ Pensyarah kompeten dan berpengalaman
7๏ธโฃ Alat latihan setara kegunaan industri
8๏ธโฃ Jaminan peluang kerjaya. Tagline kami ialah; Institut Kami Memastikan Jaminan Bekerja (IKMJB)
9๏ธโฃ Jalinan industri yang kukuh untuk perkongsian teknologi dan memastikan silibus pada tahap terbaik mengikut kehendak industri
๐ Issh! Penat dah nak type!
Ok ke tu?
Statement IKM untuk yang tak lulus SPM tu sangatlah salah.
Di IKM/ KKTM/ MJII ada program Diploma Kejuruteraan, Diploma Teknologi Kejuruteraan, Diploma Teknologi, Diploma Kompetensi, dan Diploma Industri.
Selain itu, ada juga program Sijil Teknologi Kejuruteraan dan Sijil Teknologi.
Lulus SPM tu baru syarat WAJIB. Perlu diikuti oleh kepujian subjek-subjek tertentu peringkat SPM.
Sama macam masuk universiti lah.
Lepasan MRSM, SBP, Maktab Tentera Di raja (MTD) pun ada di IKMJB. Lepasan sekolah harian biasa dengan 6, 7A pun ada di sini.
Kalau SPM tak lulus boleh masuk IKM?
Boleh. Tetapi kena bermula di Giat MARA. Dapatkan dulu SKM tahap 2/3.
Dah sampai masa untuk ubah stigma IKM tempat budak tak pass SPM. IKM ni tempat budak yang tahu apa dia nak di masa depan.
Lepas ni jangan lagi cakap;
โSaya tak nak belajar kemahiran, saya nak belajar bidang TVETโ.
Jelas tak?
Semoga bermanfaat.
.
.
.
Infografik program dan syarat kelayakan memohon ke IKMJB.
Kami sedang mengadakan pengambilan untuk kemasukan sesi Julai 2023.
Permohonan secara online sahaja di:
www.tvetmara.edu.my