MRSM Johor Bahru, JOHOR
MRSM Kubang Pasu, KEDAH
MRSM Langkawi, KEDAH
MRSM Tumpat, KELANTAN
MRSM Alor Gajah, MELAKA
MRSM Kuala Klawang, NEGERI SEMBILAN
MRSM Kuala Kubu Bharu, SELANGOR
MRSM Kuantan, PAHANG
MRSM Tun Abdul Razak, PAHANG
MRSM Parit, PERAK
MRSM Kota Kinabalu, SABAH
MRSM Kuching, SARAWAK
5. MRSM TEKNIKAL.
Pelajar-pelajar akan mengikuti sukatan pelajaran Kurikulum Standard Sekolah Menengah (KSSM) berteraskan STEM, Kursus Khas dan Kursus Pembangunan Sahsiah.
Program Teknikal menerapkan elemen teknikal melalui mata pelajaran Sains Kejuruteraan seperti ilmu Kejuruteraan Robotik, Kejuruteraan Mekanikal, Kejuruteraan Elektrikal dan Internet
of Things (loT) yang bermula dari Tingkatan 1 hingga Tingkatan 5.
Pada peringkat Tingkatan 4 dan Tingkatan 5, pelajar perlu mengambil subjek Lukisan Kejuruteraan sebagai subjek elektif pilihan wajib, menggantikan subjek Biologi yang tidak ditawarkan di MRSM Teknikal.
MRSM TEKNIKAL hanya menerima kemasukan pelajar baru Tingkatan 1.
Lokasi MRSM TEKNIKAL:
MRSM Bentong, PAHANG
6. MRSM IB MYP
MRSM Program B- MYP menawarkan program pendidikan gabungan antara kurikulum kebangsaan dan kurikulum khas MRSM berteraskan STEM dengan mengintegrasikan kurikulum International Baccaleurate-Middle Year Programme yang merangkumi modul pembangunan sahsiah, modul keusahawanan serta modul kemahiran insaniah.
Program IB-MYP dapat melahirkan pelajar yang mempunyai ciri -ciri ingin tahu (inquires), berfikiran terbuka (open-minded), berpengetahuan (knowledgable), pemikir (thinkers),
mempunyai kemahiran berkomunikasi (communicators), mempunyai prinsip (principled), penyayang (caring), berani mengambil risiko (risk taker), seimbang (balance) dan reflektif (reflective).
MRSM IB-MYP hanya menerima kemasukan pelajar baru Tingkatan 1.
Lokasi MRSM IB-MYP:
MRSM Tun Dr Ismail, JOHOR
MRSM Balik Pulau, PULAU PINANG
MRSM Tun Mohammad Fuad Stephens, SANDAKAN SABAH
Okay,,
Dah tahu jenis-jenis aliran yang MRSM tawarkan…
Kena la tahu apa syarat nya.
Syarat Utama :
Pelajar perlu menghadiri Ujian Kelayakan Kemasukan MRSM (UKKM) untuk semua pilihan aliran MRSM.
Tapi, Syarat yang paling PENTING…
Tanya anak dulu Minat atau Tidak,
Jika jawapan nya TIDAK walaupun selepas kita (ibu bapa) pujuk rayu…
Tak mustahil anak akan meng’GAGAL’kan dirinya dalam exam UKKM.
Yes,,
Yang ni banyak berlaku tahun2 sebelum ni,
Parents mula jadi hairan bin ajaib.
"Aikk.. anak I ni dari tadika umur 4 tahun dah perform tau,, Ketua Pengawas, Johan Pidato, Johan Lari dalam Guni International lagii.. Tak logik la tak dapat,"
Huhuhu 🙃🙃
Bila Ujian UKKM ni?
Memandangkan tarikh akhir permohonan adalah pada 4/11/2023.
Di jangka ujian akan bermula pada awal Disember.
Ujian adalah berperingkat, di panggil melalui SMS/email yang didaftarkan.
Pastikan nombor telefon yang didaftarkan mudah di hubungi & tak berubah.
Untuk maklumat lanjut boleh rujuk FB MARA - MajlisAmanahRakyat
https://www.facebook.com/MajlisAmanahRakyatSiapa yang ada anak berminat nak masuk asrama,
Dan sebaya Boboiboy No-1 mummy (Tahun 6 2022),
Jangan lupa mohon ok.
Baca dulu buku panduan mengisi permohonan di web tu sebelum memohon.
Sila layari Portal Rasmi MARA:
http://www.mara.gov.myAll the best ~
💜💜,
Lissa Ayris
#MummyLissaAndBoboiboykuasa3#KuatkanSistemImun#HelpYourselfHeal