09:47
PokokNyioq
betul tu. yg masih blur2 ambil peluang join taklimat Tuan Hashim.
basic thing yg parent & anak2 kena tahu..... jenis sekolah (aliran, program, kursus dll), permohonan & saringan yg perlu dilalui utk layak dpt tawaran.
ringkasnya :-
1. ukm1, ukm2 bagi saringan Kolej Genius Pintar (kgp - ukm), Kolej Genius Insan (stem agama) (kgi - usim) & Akademi Sains Pendang (asp - kpm (bpsbp) - pencarian pelajar pintar & berbakat. x ada persediaan khusus krn kepintaran & bakat adalah semula jadi. soalan IQ yg byk menumpukan pd daya ingatan & kognitif (mentafsir, memahami, mempelajari & menyelesaikan masalah) & sedikit pengetahuan am.
2. pksk - ujian bagi permohonan sekolah khusus bawah KPM seperti sbp, smka, mtd, smt & kv utk pengambilan Tingkatan 1 (sbp & smka) & Tingkatan 4. Soalan ujian lebih kpd subjek2 yg dipelajari di sekolah + sedikit pengetahuan am, penulisan BM & keperibadian. Yg memohon aliran tmua, mtd & certain2 kursus di smt/ kv perlu melalui ujian khas sekiranya pksk capai markah kelayakan.
3. ukkm - ujian bagi permohonan ke mrsm (MARA) bagi pengambilan tingkatan 1 & 4. format lebih kurang pksk cuma tahun lepas karangan bm x ada. serentak pd hari ujian ukkm, calon yg memohon program ua, igcse & teknikal perlu menduduki ujian khas.
semua jenis sekolah ada pro & cons nyer. terpulang pd masing2 krn ultimate pendidikan sebelum melanjutkan pengajian dlm Malaysia ni adalah SPM.
Kalau nak taip mmg panjang lebar. jadi blh lah segera daftarkan diri utk join taklimat TH sekiranya berpeluang & blh kemukakan soalan kalau ada yg x faham lebih2 lagi berhubung permohonan sbp & mrsm.
👍
24
❤
4