*Kutipan Khas Pesakit Kanser Leukemia Form 2 MRSM Gerik*
Untuk makluman semua, salah seorang 'anak' kita di MRSM Gerik iaitu Muhammad Yusuf sedang menghadapi penyakit Kanser Leukimia.
*Ini Info Untuk Kita Semua Ambil Tahu:*
i. Yusuf dikesan mengidap Leukemia sejak Mac 2023.
ii. Beliau telah menjalani rawatan *Chemotheraphy dan Radiotheraphy* di Hospital Ipoh
iii. Beliau tidak dapat bersekolah sepanjang tempoh ini hingga sekarang kerana mendapat rawatan
iv. *Sekarang beliau mendapat rawatan di Hospital Ampang, KL.* Ibu Yusuf dan Yusuf terpaksa *berpindah dari Ipoh ke KL selama 3 bulan* ini bagi memudahkan Yusuf mendapat rawatan.
v. Beliau akan menjalani *Pembedahan Transplan Stem Cell* minggu hadapan. Stem Cell diambil dari adiknya yang berumur 13 tahun.
vi. Ibu beliau terpaksa mengambil *cuti tanpa gaji selama 4 bulan* bagi menjaga Yusuf sepanjang tempoh rawatan di KL selama 3 bulan ini.
vii. Yusuf adalah anak yatim yang kematian ayahnya beberapa tahun yang lalu. Semua cabaran menguruskan 2 orang anak ini diurus sepenuhnya oleh ibu Yusuf.
Pihak Muafakat MRSM Gerik ingin membuat *Kutipan Tabung Khas Untuk Ibu Yusuf* sebagai tanda solidariti kita bersama beliau.
*Bagi waris yang ingin menyumbang, sila klik link ini :*
https://app.herepay.org/muafakat-mrsm-gerik/pesakitleukemiaTerima kasih buat para penyumbang. Sama sama kita doakan kesihatan Yusuf dan diberi kekuatan fizikal dan mental untuk ibunya.
*YDP MRSM Gerik*
Mohd Firdaus Mat Saad
019-5782515