📌INFO: Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) akan melaksanakan Pentaksiran Kemasukan Sekolah Khusus (PKSK) sesi 2024/2025.
Pentaksiran adalah bagi kemasukan ke Tingkatan 1 Sekolah Berasrama Penuh (SBP), Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) dan Tingkatan 4 ke SBP, SMKA, Sekolah Menengah Teknik (SMT), Maktab Tentera Diraja (MTD) serta ke Tahun 1 Kolej Vokasional (KV).
Sehubungan dengan itu, PKSK akan dilaksanakan mengikut tarikh yang telah ditetapkan seperti berikut:
▪️Permohonan Kemasukan Sekolah Khusus : 01 Ogos - 17 Sept 2023.
▪️Semakan Pusat Pentaksiran Tingkatan 4 : 25 Sept - 13 Okt 2023.
▪️Semakan Pusat Pentaksiran Tingkatan 1 : 25 Sept - 27 Okt 2023.
▪️Pelaksanaan PKSK Tingkatan 4 & 1 SVM : 02 - 13 Okt 2023.
▪️Pelaksanaan PKSK Tingkatan 1 : 16 - 27 Okt 2023.
Permohonan kemasukan sekolah khusus dan semakan pusat pentaksiran boleh dilakukan di pautan berikut:
🔗 Tingkatan 1 :
https://spskt1.moe.gov.my/ 🔗 Tingkatan 4 :
https://spskt4.moe.gov.my/